Aku
tahu tahun ni tahun melawat malaysia 2014 dan memang banyak tempat-tempat
menarik kat Malaysia untuk kita pergi melancong. Aku rasa macam tak ada point
plak aku cerita semua ni. Biaq aku straight to the point, kat Austria ada satu
taman dalam air yang aku rasa memang awesome giler. So, kalau ada tempat yang
sesuai kat Malaysia ni bolehlah buat macam ni jugak. Boleh jadi tarikan
pelancong jugak kan?
nuffnang ads
Thursday, 24 April 2014
Fact Story: Fakta Mengenai Masa yang Mungkin Korang Tak Tahu Dan Malas Ambik Tahu
kalau aku tanya satu minit bersamaan berapa saat,aku rasa
mesti korang boleh jawabkan? Tapi ni fakta yang aku jumpa pasal masa yang aku
rasa menarik dan boleh aku share dengan korang untuk tambahkan lagi ilmu di
dada. Kau tengok ayat aku tu!!!
Muslim Story: Sunnah Cara Rasulullah Makan Dan Minum
Kalau
korang nak tahu, sampai sekarang manusia yang paling berpengaruh dekat dunia ni
ada lah rasullullah S.A.W berdasarkan kajian yang telah di buat oleh pengkaji barat. Hebat tak insan
yang bernama Muhammad bin Abdullah ni. Walaupun dah lebih seribu tahun baginda
wafat tapi baginda masih menjadi tumpuan dunia dan di iktiraf sebagai individu
paling berpengaruh.
Nabi
Muhammad kan insan terpilih oleh Allah untuk menjadi rujukan dan panduan untuk semua manusia. Untuk post pasal
Muslim story kali ni, aku nak post pasal sunnah dan cara baginda makan dan
minum. Semestinya cara dan perlakuan Rasulullah adalah yang terbaik untuk kita
ikut. Okey harap kita dapat ikut sunnah-sunnah ni. Kalau tak dapat ikut banyak,
sikit pun okey kan? Bukan saja dapat ganjaran dari Allah sebab ikut sunnah tapi
kita jugak boleh kekalkan kesihatan kita. Cara Rasulullah adalah cara hidup
sihat yang patut kita contoh. Malas nak tulis panjang-panjang, korang bacalah:
Nabi Muhammad Makan Secara
Berjemaah.
Unruk
pengetahuan Rasulullah tak suka makan secara bersendirian tapi baginda suka
makan secara berjemaah bagi mengelakkan pembaziran,mendatangkan kebarkatan dan
jugak mendatangkan kemesraan antara jemaah. Makan di dalam talam adalah sunnah
baginda sebenarnya. Rasulullah pernah bersabda “berkumpullah kamu dalam
menjamah makanan (bersama-sama)kerana dalam makan bersamaitu akan memberikan
barakah daripada kamu semua.”( Riwayat Abu Daut). Jadi korang boleh cubalah
makan dalam talam bersama dengan ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.
Alas Makan Atau Saprah
Tujuan
baginda meletakkan alas makan adalah supaya makanan yang jatuh boleh dikutip semula. sabda nabi yang bermaksud “
jika makanan salah seorang dari kamu jatuh maka hendahlah di ambil dan
singkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendakalah di makan dan
jangan di biarkan untuk syaitan.”( riwayat ahmad). Mulai sekarang kalau korang
makan dan tertumpah, korang perlu ambik balik makanan yan jatuh tu,bersihkan
dan boleh dimakan semula kalau tak syaitan yang makan makanan tu nanti.
Elak Makan Bersandar
Baginda
makan dalam posisisi di mana baginda meletakkan pinggul di ats kedua tapak kaki
( bahagian telapak kaki kiri di letakkan di ats punggung telapak kaki kanan).
Anas bin Malik pernah meriwayatkan, “ aku pernah melihat Rasulullah duduh
bersimpuh sambil memakan kurma.” (Riwayat Muslim)
Makan Menggunakan Tiga Jari
Jari
yang di masksudkan adalah ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah (jari hantu).
Tujuannya dalah untuk mengecilkan suapan, memudahkan makanan di kunyah, Nampak
lebih sopan,sabar, tidak bersifat tamak dan tawaduk. Kaab bin Malik berkata “Rasulullah
selalu makan menggunakan tiga jaridan menjilat-jilat jari apabila selesai.”(
riwayat at- Tarmizi). Dari sudut saintifik pun, kalau kita jilat jari selepas
makan, itu akan menpercepatkan proses penghadapan sebab dekat jari kana nada
enzim-enzim yang bertujuan untuk mempercepatkan penghadaman. Tengok, rasululluh
lebih tahu dulu sebelum kita.
Mencecah Sedikit Garam Dengan Jari
Keliling Dan Di Hisab
Seperti
mana kita tahu tangan kanan mengandungi enzim yang mempercepatkan proses
penghadaman dan garam pula ada sumber mineral yang merupakan penawar mujarap
merawat keracunan. Kebiasaannya apabila seseorang mengalami cirit birit, doctor
akan memberikan natrium kloride (air garam) untuk meredakan kesakitan. Selain
itu, apa yang menarik lagi garam jugak boleh berfungsi menghalang gangguan
makluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Mula Mengambil Makanan Dari Tepi
Dahulu (Paling Dekat) Dan Tidak Dari Tengah.
Sabda
Nabi “ apabila seseorang dari kamu makan sesuatu makanan, maka janganlah kamu
makan sesuatu makanan yang berada di puncak pinggan (bahagian tengah), akan
tetapi hendaklah dia makan makanan dari bahagian di sebelah bawahnya(tepi yang
berdekatan dengannya.) kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada
puncaknya (ke bawah).” (Riwayat Abu Daut)
Segera Makan Setelah Makana Di
Hidangkan
Anas
bin malik meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “ jika makan malam sudah di
sajikan dan iqamah solat di kumandangkan, maka dahulukan makan malam.” (Riwayat Bukhari)
Kunyah Makan 40 Kali
Yang
ni mungkin agak susah sikit sebab untuk sesiapa yang pernah cuba, aku rasa
sebelum 40 kali kunyah makanan, makanan dalam mulut tu dah habis dah kita
telan. Tapi kalau korang selalu praktikakkan pasti boleh ikut sudah yang ni.
Makanan yang di kunyah dengan betul bukan saja boleh menudahkan proses
penghadaman tapi boleh menghindarkan perut buncit.
Jangan Mencampur Aduk Makanan
Nabi
tidak makan daging bercampur susu dan tidak makan ikan bersama daging. Ia untuk
melancarkan penghadaman. Ibnu umar datang kepada kami dan berkata “
sesungguhnya Rasulullah melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali
sesudah meminta izin dari saudaranya.”(Riwayat Bukhari)
Jangan Mencela Makanan
Abu
hurairah meriwayatkan, “ Rasulullah sama sekali tidak pernah mencela makanan.
Jika baginda menyukai satu makan, maka baginda memakannya. Jika tidak suka,
maka baginda meninggalkannya.” (Riwayat Bukhari). Jadi janganlah komplane
makanan tak sedaplah atau apa-apa. Tak elok tu.
Sejukkan Makanan Sebelum Makan
Di
ceritakan asma’ binti abu bakar membuat roti tsarid, dia menutupkan roti
tersebut dengan sesuatu hingga hilang panasnya. Ketika seseorang bertanya
kenapa dia melakukan sebegitu, asma’ menjawab, aku mendengar Rasulullah
bersabda, “sesungguhnya hal tersebut lebih besar berkatnya.” (Riwayat Ahmad)
Tidak Meniup Makanan Panas
Jabir
bin Abdullah meriwayatkan, “ Rasulullah melarang orang yang meniup-niup makanan
atau minuman.” (Riwayat Abu Daud)
Hindari Makan Dan Minum Sambil
Berdiri
Anas
bin malik meriwayatkan, “sesungguhnya Nabi Muhammad melarang umatnya minum
sambil berdiri. Qatadah (seorang tabiin) berkata, kami bertanya kepada anas.
‘bagaimana dengan makan sambil berdiri?’ anas menjawab, “hal demikian sungguh
buruk dan lebih lebih buruk’.” (Riwayat Muslim)
Mengamalkan Sunnah Makan Labu
Kerana Ianya Menenangkan Dan Mudah Dihadam
sayidina
anas bin malik R.A bercerita : “seorang tukang jahit mengundang Rasulullah
makan makanan yang di masakny. Saya pun pergi bersama Rasulullah untuk memenuhi
undangan tersebut. Tukang jahit tersebut menghidangkan kepada Rasulullah roti
gandum dan sayur labu serta daging kering. Saya lihat nabi mencari-cari labu di
dalam dulang. Maka sejak itu saya menyukai makan labu.” ( Riwayat At- Tirmizi)
selain
sunnah-sunnah di atas sunat untuk kita minum susu setiap hari dan mendahulukan
orang yang lebih tua untuk memulakan makan. aku harap dapat member penjelasan
sedikit tentang cara Rasulullah makan dan minum. Harap boleh share sesame.
Awesome Story: Suasana Malam Di Bandar-Bandar Utama Dunia
Just for info, selain pencemaran udara, pencemaran air,
pencemaran bau dan pencemaran bunyi sebenarnya ada satu lagi pencemaran yang
mungkin kita terlepas pandang. Yes, pencemaran cahaya! Kalau korang nak tahu
pencemaran cahaya sebenarnya boleh menyababkan mata jadi rabun dan mungkin akan
menyebabkan masalah kesihatan yang lain. kalau tak silap aku, Last Vegas antara
salah satu Bandar yang menghadapi masalah pencemaran cahaya terutama waktu
malam. Saja aku nak share benda ni, dan dekat bawah ni aku ada post gambar
suasana waktu malam di beberapa buah Bandar utama dunia. Termasuklah Malaysia.
Cuma aku harap Malaysia tak termasuk dalam list Bandar yang tercemar dengan
cahaya pada waktu malam. Tapi bagi aku,awesome kot keadaan atau suasana
Bandar-bandar ni kalau waktu malam.
Fact Story: Keluarga Dan Bekalan Makanan rutin- Mengikut Negara
Macam yang kita tahu,
lain Negara lain dia punya makanan rutin dia. Macam Malaysia, sah-sah lah nasi
atau beras jadi makanan rutin kita. Untuk luaskan lagi pengetahuan kita, aku
jumpa gambar beberapa buah keluarga dari beberapa buah Negara beserta makanan
rutin dorang. Siap dengan jumlah perbelanjaan dorang dalam seminggu dan makanan
kegemaran dorang sekali. Korang tengok lah sendiri.
Cartoon Story: Karton 90-an yang Terjebak Dengan Dadah.
Hmm…pelukis-pelukis barat
memang dorang creative nak gambarkan sesuatu keadaan atau situasi.
Senang cakap imaginasi dorang tinggi. Artis Malaysia pun tak kurang hebat
jugak. kadang-kadang idea dorang ada
yang pelik-pelik sikit. Salah satunya macam gambar yang aku post kat bawah ni
yang telah di lukis oleh Paul Ribera. Dia lukis gambar keadaan karton-karton
90-an yang terjebak dengan dadah. Scary kot kalau tengok 2-3 kali. Kalau korang
nak tengok macam mana keadaan tiga orang power puff girls, Arnold (dua karton
ni je yang aku kenal n ada yang aku pernah tengok tapi tak tahu tajuk cerita)
dan beberapa lagi karton yang femas tahun 90-an dulu terjebak dengan dadah,
korang tengok lah keadaan dorang kat bawah ni.
Moralnya dekat sini, jauhilah dadah. Gitu!.
Cool Story: Bentuk-bentuk Lampu Kereta Berjenama
Aku tak sure tajuk yang aku bagi ni sesuai ke tak untuk benda yang aku nak post ni,biaq aku
explain dekat sini dengan lebih terang lagi. kadang-kadang korang boleh teka
kereta berjenama jenis apa yang korang tengok dengan tengok bentuk nyalaan lampu
aje. kalau korang nak tahu, setiap kereta berjenama ada bentuk lampu dorang
sendiri. lepas ni kalau dalam gelap,korang Nampak bentuk lampu macam dekat
bawah ni, korang dah dapat teka kereta apa yang korang tengok tu. Tengok la
sendiri, mana tahu tetibe bentuk lampu kereta korang macam dekat bawah ni.
Tetibe…
Love Story: POEM Romantic yang Korang Kena Baca
Sebenarnya dah lama aku nak post sajak ni, sebab aku rasa
sajak ni tersangatlah tangkap leleh. Honestly aku rasa yang lebih buat dia
tangkap leleh bila dengan kartoon yang dia lukis untuk tunjukkan situasi dan
keadaan penulis sajak tu sendiri. korang baca dulu sajak kat bawah ni, kat
bawah skali aku cerita sikit pasal sajak ni.
Sajak ni sebenarnya di tulis oleh seorang wanita America
yang mana suami dia telah menyertai angkatan tentera dan telah di hantar ke
Vietnam ketika anak dorang berusia 4 tahun. sejak tu perempuan tu tinggal
dengan anak perempuan dia. Malangnya suami perempuan ni, mati sewaktu
pertempuran dekat Vietnam. Dan perempuan tak pernah berkahwin lagi hingga ke akhir
hayat dia. Sewaktu anak dia kemaskan barang-barang ibu dia yang dah meninggal,
dia terjumpa sajak ni yang di tujukan untuk ayah dia. Tajuk sajak ni “But you
didn’t”. Amacam???? Tangkap leleh tak.
Subscribe to:
Posts (Atom)