Gambar ni di ambil oleh Mike Holl dan aku rasa memang menarik. Dia jadikan langit, awan dan fenomina alam sebagai dia punya subjek. Kalau korang ada bakat dan ada minat untuk tangkap gambar yang macam ni, patut teruskan. Memang hobi yang terbaik. Dan boleh mendatangkan income jugak kalau pandai cari income cara ni
nuffnang ads
Tuesday, 11 March 2014
Muslim Story: 30 Orang Pertama Dalam Islam
Kalau ada orang Tanya kita siapa yang pertama cipta kapal terbang, telefon, facebook,kereta pengasas epal, orang paling kaya dekat dunia, orang paling kaya dekat malaysia, mungkin kita boleh jawap kan? Aku terjumpa benda ni tajuk dia ‘30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM ‘, dan aku rasa elok jugak kalau aku share dengan korang. Lagi pun benda ni benda baik kan. Okeylah, korang bacalah
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA. 18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
So, korang dah tahu apa jawapan untuk soalan-soalan ni. share la.:-)
Fun Story: Petrix Starfish Jadi Bahan Vandalism
Aku tahu korang semua tahu, yang vandalism tu benda yang teruk tapi kadang-kadang kalau korang sedar ada jugak yang kelakar bila bercakap pasal vandalism ni. Dekat tandas, tiang elektrik, perhentian bas semua jadi tempat nak lepaskan kreativiti masing-masing. Tapi benda ni memang tak patut di contohi.
Fact story : kerja-kerja yang dah tak wujud zaman sekarang
Aku rasa kalau ada kerja macam ni lagi kat dunia ni, tak tahu nak cakap apa. Tapi okey jugak Mungkin kurang sikit kot kadar pengangguran.
Verses Story: Sebelum Kewujudan Smart Phone Dan Selepas Kewujudan Smart Phone
Hmm…dunia teknologi sekarang ni dah banyak berubah. Dari telefon tiga-tiga sekupang dah bertukar menjadi smartphone dengan macam-macam aplikasi. Tanpa kita sedar sebenarnya smart phone ni pun ada jugak keburukan dia. Untuk korang yang pernah berada dalam zaman tiga-tiga sekupang dulu, aku rasa zaman tu lagi best berbanding zaman sekarang ni maksud aku waktu direct communication. Aku tahu telefon sekarang dah jadi benda wajib yang perlu ada, tapi aku rasa cukuplah dengan boleh buat panggilan dan mesej aje. Kalau game pulak, selalunya game ular makan epal la yang paling femes.
Aku nak tanya satu soalan, pernah tak korang berada dekat situasi aku yang mana bila korang berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan dan nak hang out sama-sama, lepas tu apa yang kawan korang buat mengadap telefon dia, lepas tu senyum tiba –tiba. Aku rasa kurang dah komunikasi dekat situ. Aku lebih prefer direct communication. So apa-apa pun korang tengok la apa lagi perubahan yang dah terjadi dengan adanya smart phone yang dah ada macam-macam aplikasi sekarang ni.
So, renung-renungkan lah ye
Story Mory : Welcome To Bukit Larut, Taiping.
Selamat datang ke Taiping. Untuk sesiapa yang belum pernah datang ke Taiping, aku cadangkan korang patut datang sebab memang banyak benda yang boleh korang explore kat Taiping habaq hang. Kalau korang nak tahu dulu Taiping terkenal dengan perlombongan bijih timah dan banyak pedagang cina di hantar ke Taiping untuk meneroka hasil bumi dekat Taiping. Itu kisah lama, dan dah jadi sejarah pun.
For the first time aku post pasal pengalaman aku dekat Taiping, dan untuk lebih spesifik tempat yang aku maksudkan tu,ialah BUKIT LARUT, TAIPING.
Memang excited kot. Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu, korang ada dua choice sama ada nak naik ke puncak dengan cara mendaki atau naik lane rover (aku tak sure betul ke tak aku eje benda ni) yang di sediakan. Aku tak tahu pulak berapa harga tiket dia, tapi korang boleh berunding dekat bilik tiket yang terletak dekat dengan pintu masuk ke bukit larut tu. Untuk yang berhajat nak mendaki bukit, korang tak perlu risau tak ada charge di kenakan dekat korang. Korang boleh panjat secara berkumpulan atau seorang pun boleh. Tapi kalau seorang ikut jalan rayalah dan kalau tak nak ikut jalan raya waktu mendaki tu aku rasa korang perlu mintak orang yang pakar ikut, just in case kalau apa-apa jadi nanti. Apa yang penting persiapan mental dengan fizikal memang perlu untuk persediaan panjat bukit ni. Untuk sesiapa yang gemar aktiviti hiking, korang boleh masukkan bukit larut sebagai salah satu tempat yang korang kena pergi. Walaupun taiping sekarang dah jadi tempat industry, tapi flora dan fauna dekat bukit larut sini masih terjaga. Macam-macam jenis pikok dari yang kecil sampai yang besar korang boleh jumpa. Pokok jati,nyatoh,pulai,rengan dan banyak lagi dan siap di lebelkan lagi nama-nama pokok ni.
Selain tu kalau korang bernasib baik boleh jumpa dengan macam-macam jenis burung dekat sini. senang cakap kalau pasal keadaan kehijauan, flora dan fauna bukit larut ni memang tak kan mengecewakan korang yang datang. Kalau korang masih ingat waktu belajar geografi tingkatan 3 dulu (kalau tak silaplah), bukit larut ni terkenal dengan tempat paling banyak menerima hujan di Malaysia. sebab tulah korang boleh tengok lagi air yang mengalir dari celah-celah akar pokok yang ada dekat lereng-lereng bukit tu. Ada juga air terjun dekat situ tapi tak boleh mandilah.
Bila sampai dekat puncak, secara automatic penat korang waktu mendaki tadi hilang di sebabkan korang boleh tengok pemandangan Bandar taiping dari atas puncak ni. Memang best memang menarik. Siap ada menara tinjau lagi dekat sini. Lanskip dekat atas puncak ni pun memang tak mengecewakan. Tapi apa yang tak bestnya, tempat ni macam kurang penyelenggaraan sejak beberapa tahun yang lepas. Yang tu yang agak mengecewakan sikit. Setakat yang aku dengar, katanya akan di buat kereta kebel untuk ke punjak bukit ni. Kalau ada memang best aku habaq hang. Aku harap ada pihak berwajib yang akan jalan kan balik operasi menyelenggara bukit larut ni balik. Sebab memang aku rasa bukit larut ni memang ada potensi untuk di jadikan tapak tarikan pelancung ke taiping ni. Itu ajelah yang aku boleh kongsi. Harap post ni menarik untuk korang baca. Aku post sikit gambaq kat bukit larut untuk korang dan lagi satu…MAI LA TAIPING…
Subscribe to:
Posts (Atom)