Hmm…dunia teknologi sekarang ni dah banyak berubah. Dari telefon tiga-tiga sekupang dah bertukar menjadi smartphone dengan macam-macam aplikasi. Tanpa kita sedar sebenarnya smart phone ni pun ada jugak keburukan dia. Untuk korang yang pernah berada dalam zaman tiga-tiga sekupang dulu, aku rasa zaman tu lagi best berbanding zaman sekarang ni maksud aku waktu direct communication. Aku tahu telefon sekarang dah jadi benda wajib yang perlu ada, tapi aku rasa cukuplah dengan boleh buat panggilan dan mesej aje. Kalau game pulak, selalunya game ular makan epal la yang paling femes.
Aku nak tanya satu soalan, pernah tak korang berada dekat situasi aku yang mana bila korang berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan dan nak hang out sama-sama, lepas tu apa yang kawan korang buat mengadap telefon dia, lepas tu senyum tiba –tiba. Aku rasa kurang dah komunikasi dekat situ. Aku lebih prefer direct communication. So apa-apa pun korang tengok la apa lagi perubahan yang dah terjadi dengan adanya smart phone yang dah ada macam-macam aplikasi sekarang ni.
So, renung-renungkan lah ye
No comments:
Post a Comment