Kalau
korang nak tahu, sampai sekarang manusia yang paling berpengaruh dekat dunia ni
ada lah rasullullah S.A.W berdasarkan kajian yang telah di buat oleh pengkaji barat. Hebat tak insan
yang bernama Muhammad bin Abdullah ni. Walaupun dah lebih seribu tahun baginda
wafat tapi baginda masih menjadi tumpuan dunia dan di iktiraf sebagai individu
paling berpengaruh.
Nabi
Muhammad kan insan terpilih oleh Allah untuk menjadi rujukan dan panduan untuk semua manusia. Untuk post pasal
Muslim story kali ni, aku nak post pasal sunnah dan cara baginda makan dan
minum. Semestinya cara dan perlakuan Rasulullah adalah yang terbaik untuk kita
ikut. Okey harap kita dapat ikut sunnah-sunnah ni. Kalau tak dapat ikut banyak,
sikit pun okey kan? Bukan saja dapat ganjaran dari Allah sebab ikut sunnah tapi
kita jugak boleh kekalkan kesihatan kita. Cara Rasulullah adalah cara hidup
sihat yang patut kita contoh. Malas nak tulis panjang-panjang, korang bacalah:
Nabi Muhammad Makan Secara
Berjemaah.
Unruk
pengetahuan Rasulullah tak suka makan secara bersendirian tapi baginda suka
makan secara berjemaah bagi mengelakkan pembaziran,mendatangkan kebarkatan dan
jugak mendatangkan kemesraan antara jemaah. Makan di dalam talam adalah sunnah
baginda sebenarnya. Rasulullah pernah bersabda “berkumpullah kamu dalam
menjamah makanan (bersama-sama)kerana dalam makan bersamaitu akan memberikan
barakah daripada kamu semua.”( Riwayat Abu Daut). Jadi korang boleh cubalah
makan dalam talam bersama dengan ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.
Alas Makan Atau Saprah
Tujuan
baginda meletakkan alas makan adalah supaya makanan yang jatuh boleh dikutip semula. sabda nabi yang bermaksud “
jika makanan salah seorang dari kamu jatuh maka hendahlah di ambil dan
singkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendakalah di makan dan
jangan di biarkan untuk syaitan.”( riwayat ahmad). Mulai sekarang kalau korang
makan dan tertumpah, korang perlu ambik balik makanan yan jatuh tu,bersihkan
dan boleh dimakan semula kalau tak syaitan yang makan makanan tu nanti.
Elak Makan Bersandar
Baginda
makan dalam posisisi di mana baginda meletakkan pinggul di ats kedua tapak kaki
( bahagian telapak kaki kiri di letakkan di ats punggung telapak kaki kanan).
Anas bin Malik pernah meriwayatkan, “ aku pernah melihat Rasulullah duduh
bersimpuh sambil memakan kurma.” (Riwayat Muslim)
Makan Menggunakan Tiga Jari
Jari
yang di masksudkan adalah ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah (jari hantu).
Tujuannya dalah untuk mengecilkan suapan, memudahkan makanan di kunyah, Nampak
lebih sopan,sabar, tidak bersifat tamak dan tawaduk. Kaab bin Malik berkata “Rasulullah
selalu makan menggunakan tiga jaridan menjilat-jilat jari apabila selesai.”(
riwayat at- Tarmizi). Dari sudut saintifik pun, kalau kita jilat jari selepas
makan, itu akan menpercepatkan proses penghadapan sebab dekat jari kana nada
enzim-enzim yang bertujuan untuk mempercepatkan penghadaman. Tengok, rasululluh
lebih tahu dulu sebelum kita.
Mencecah Sedikit Garam Dengan Jari
Keliling Dan Di Hisab
Seperti
mana kita tahu tangan kanan mengandungi enzim yang mempercepatkan proses
penghadaman dan garam pula ada sumber mineral yang merupakan penawar mujarap
merawat keracunan. Kebiasaannya apabila seseorang mengalami cirit birit, doctor
akan memberikan natrium kloride (air garam) untuk meredakan kesakitan. Selain
itu, apa yang menarik lagi garam jugak boleh berfungsi menghalang gangguan
makluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Mula Mengambil Makanan Dari Tepi
Dahulu (Paling Dekat) Dan Tidak Dari Tengah.
Sabda
Nabi “ apabila seseorang dari kamu makan sesuatu makanan, maka janganlah kamu
makan sesuatu makanan yang berada di puncak pinggan (bahagian tengah), akan
tetapi hendaklah dia makan makanan dari bahagian di sebelah bawahnya(tepi yang
berdekatan dengannya.) kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada
puncaknya (ke bawah).” (Riwayat Abu Daut)
Segera Makan Setelah Makana Di
Hidangkan
Anas
bin malik meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “ jika makan malam sudah di
sajikan dan iqamah solat di kumandangkan, maka dahulukan makan malam.” (Riwayat Bukhari)
Kunyah Makan 40 Kali
Yang
ni mungkin agak susah sikit sebab untuk sesiapa yang pernah cuba, aku rasa
sebelum 40 kali kunyah makanan, makanan dalam mulut tu dah habis dah kita
telan. Tapi kalau korang selalu praktikakkan pasti boleh ikut sudah yang ni.
Makanan yang di kunyah dengan betul bukan saja boleh menudahkan proses
penghadaman tapi boleh menghindarkan perut buncit.
Jangan Mencampur Aduk Makanan
Nabi
tidak makan daging bercampur susu dan tidak makan ikan bersama daging. Ia untuk
melancarkan penghadaman. Ibnu umar datang kepada kami dan berkata “
sesungguhnya Rasulullah melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali
sesudah meminta izin dari saudaranya.”(Riwayat Bukhari)
Jangan Mencela Makanan
Abu
hurairah meriwayatkan, “ Rasulullah sama sekali tidak pernah mencela makanan.
Jika baginda menyukai satu makan, maka baginda memakannya. Jika tidak suka,
maka baginda meninggalkannya.” (Riwayat Bukhari). Jadi janganlah komplane
makanan tak sedaplah atau apa-apa. Tak elok tu.
Sejukkan Makanan Sebelum Makan
Di
ceritakan asma’ binti abu bakar membuat roti tsarid, dia menutupkan roti
tersebut dengan sesuatu hingga hilang panasnya. Ketika seseorang bertanya
kenapa dia melakukan sebegitu, asma’ menjawab, aku mendengar Rasulullah
bersabda, “sesungguhnya hal tersebut lebih besar berkatnya.” (Riwayat Ahmad)
Tidak Meniup Makanan Panas
Jabir
bin Abdullah meriwayatkan, “ Rasulullah melarang orang yang meniup-niup makanan
atau minuman.” (Riwayat Abu Daud)
Hindari Makan Dan Minum Sambil
Berdiri
Anas
bin malik meriwayatkan, “sesungguhnya Nabi Muhammad melarang umatnya minum
sambil berdiri. Qatadah (seorang tabiin) berkata, kami bertanya kepada anas.
‘bagaimana dengan makan sambil berdiri?’ anas menjawab, “hal demikian sungguh
buruk dan lebih lebih buruk’.” (Riwayat Muslim)
Mengamalkan Sunnah Makan Labu
Kerana Ianya Menenangkan Dan Mudah Dihadam
sayidina
anas bin malik R.A bercerita : “seorang tukang jahit mengundang Rasulullah
makan makanan yang di masakny. Saya pun pergi bersama Rasulullah untuk memenuhi
undangan tersebut. Tukang jahit tersebut menghidangkan kepada Rasulullah roti
gandum dan sayur labu serta daging kering. Saya lihat nabi mencari-cari labu di
dalam dulang. Maka sejak itu saya menyukai makan labu.” ( Riwayat At- Tirmizi)
selain
sunnah-sunnah di atas sunat untuk kita minum susu setiap hari dan mendahulukan
orang yang lebih tua untuk memulakan makan. aku harap dapat member penjelasan
sedikit tentang cara Rasulullah makan dan minum. Harap boleh share sesame.
No comments:
Post a Comment