Aku tak tahu bila dan dekat mana aku dengar fakta ni, tapi
kalau aku tak silap dengar, mengikut perpustakaan Negara jumlah peminjam buku
di perpustakaan Negara menunjukkan penurunan (mungkin tahun ni atau 2, 3 tahun
sebelum ni). Dengan kata lain, tak banyak orang yang pinjam buku dekat
perpustakaan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Sebabnya, biasalah
kecanggihan teknologi. Dari apa yang aku dengar puncanya sebab orang lebih
berminat nak gunakan kecanggihan teknologi untuk search apa yang dorang nak
baca. Mungkin lagi senang. Aku memang tak nafikan lagi senang, tapi aku pernah
jadi student dan aku sebenarnya lebih suka guna buku dari guna tablet atau
kecanggihan lain untuk baca buku, baca komik, baca journal dan yang seangkatan
dengannya. Memang lain perbezaannya kalau siapa yang dapat rasa. Dan lagi satu
aku rasa, menggunakan technology sebagai bahan bacaan boleh mempercepatkan
rabun kot. Entah aku tak tahu. Tapi insyaAllah yang baca Quran atau hadis-hadis
kat dalam teknologi ni, dengan izin tuhan masalah tu takkan timbul. InsyaAllah
. So, kalau lah kita buat perhitungang antara tablet dan buku, korang agak siap yang akan menang dan
cepat di kalahkan? Hmmm….
No comments:
Post a Comment