Satu soalan, Korang percaya tak dekat satu-satu ramalan yang
korang sendiri tak tahu mana source ramalan tu?
Err… Contohnya, kalau orang tu ada dahi luas,maksudnya dia pandai? Atau
pun korang percaya pada horoscope maybe? Atau, ada orang cakap kalau bulu
kening orang tu bersambung, maksudnya dia kuat cemburu?
Bagi aku,tak kisahlah korang nak percaya atau tak benda
tu,jangan menyimpang sudah. Dekat bawah ni aku ada terbaca and terjumpa
benda-benda ramalan macam ni. Harap korang enjoy la baca benda ni. Untuk
seronok-seronok boleh la kot.
macam mana pulak dengan yang ni?
Tarikh lahir korang...
Januari 01-09 ~
hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~
Kucing
Februari 06-14 ~
Merpati
Februari 15-21
~ Kura-kura
Februari 22-28 ~
Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau
Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~
Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~
Kura-kura
September 01-14 ~
Merpati
September 15-27 ~
Kucing
September 28-30 ~
jerung
Oktober 01-15 ~
hamster
Oktober 16-27 ~
Kura-kura
Oktober 28-31 ~
Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~
Kucing
Disember 01-16 ~
jerung
Disember 17-25 ~
hamster
Disember 26-31 ~
Merpati "
»»» maksud/erti :
# jerung: Kamu memang
seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh
disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam
kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan
sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan
sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada
di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan
mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan
pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang
ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang
baik.
# Tikus: Kamu ini
memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak
bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang
disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang
memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput
untuk memeriahkan majlis dan ramai yang
menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu
menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu.
sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan
mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu
bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang
tidak lepas dari melakukan kesilapan.
# Singa: Begitu
kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang
pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau
pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar
rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada
orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan
disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain,
jadi berhati-hati.
# Kucing: Kamu memang
penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang
senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru
dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam
situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta
merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak
bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai
idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu
berhati-hati memilih teman.
# Kura-kura: Kamu
semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan
sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya
teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati
mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu
juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara
kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan
memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah
sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
# Merpati: Kamu
adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan
enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang
sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di
dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang
sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang
yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur
dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!
# Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah
begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap
kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan
kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu
adalah orang pertama yang mereka cari.
# hamster: Tidak
sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas.
Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang
memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan
tidak mahu terlibat dengan sebarang
kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum
melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi
penyelemat kepada kamu.
# Jangan tidak tahu,
mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan
begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam
perniagaan..
No comments:
Post a Comment