nuffnang ads

Tuesday 3 June 2014

Insane Story: Kalau Haiwan Tak Ada Tengkuk


Yang ni betul pelik. Tapi sebelum tu aku ada satu cerita dekat korang. Saja aku ceritakan cerita ni sebab aku rasa ni ilmu jugak yang boleh aku share. Tapi aku pun kurang pasti pasal cerita ni. Untuk siapa yang tahu pasal cerita yang aku nak cerita ni, betul kan aku kalau aku tersilap. Tak nak lah pulak nanti ada yang tersesat dengan cerita aku ni. Sebab cerita ni pun di ceritakan oleh seorang pak cik yang baru balik dari umrah dan pak cik tu bagi tahu dia dengar cerita ni masa dia pergi umrah. Cerita dia macam ni, sebenarnya dulu manusia tak ada tengkuk. Haa, macam pelik kan? Tapi macam mana manusia boleh ada tengkuk macam sekarang??? Jawapannya macam ni, sebelum Nabi Adam di tiupkan roh, di sebabkan syaitan rasa benci pada Nabi Adam,syaitan laknatullah telah menarik kuat kepala Nabi Adam (mungkin macam nak cekik la kut) hinggakan terhasilnya tengkuk, macam yang kita ada sekarang. 

Dan lagi satu cerita yang pak cik tu cerita, sebenarnya manusia tak ada pusat pada mulanya, dan sebab rasa benci jugak, syaitan telah meludah Nabi Adam dan mungkin terkena pada bahagian tempat pusat yang kita ada sekarang. Sebab tu terhasilnya pusat. Haa, macam mana? Kalau aku tersilap cerita atau cerita aku ni bertentangan dengan perkara sebenar, minta maaf lah sebab aku pun dengar dari pak cik tu. Kalau korang yang dah pernah pergi umrah dan tahu cerita ni, bagi komen sikit kot-kot korang lagi tahu pasal cerita ni. Ok sekarang, tutup cerita tu, tapi aku nak tanya korang boleh imagine tak kalau binatang tak ada tengkuk. Dan aku rasa yang menerima impak paling besar pada permasalahan ni mungkin ziraffah lah sebab dia yang paling teserlah tengkuk dia yang panjang tu. Meh kita tengok gambaran kalau binatangbinatang tertentu ni tak ada tengkuk. Baru kita boleh rasa kekuasaan Allah yang telah ciptakan semua makluk atas muka bumi ni cantik-cantik semuanya. Tapi gambaq ni agak pelik sikit, nama pun insane story. Tengok lah sendiri.

Scary Story: Antara Tempat-Tempat Menyeramkan Dekat Dunia


Sebenarnya antara tempat-tempat ni, boleh di katakan menarik jugak sebenarnya. Mungkin menarik untuk di kaji atau untuk explore apa yang terjadi di sebalik keseraman yang terjadi dekat tempat-tempat ni. Dan mostly tempat-tempat ni telah pun di tinggalkan atau tidak/jarang di kunjungi selepas keseraman yang terjadi. Korang jangan pulak pilih tempat-tempat ni jadi tempat perancangan untuk habiskan musim percutian korang. Memang silap banyak la. Kena baca sikit apa yang buatkan tempat-tempat ni menyeramkan untuk di kunjungi.

Awkward Story: Beberapa Prototypes Kereta Yang Pelik Pernah Di Reka Pada Tahun 1950-an Hingga 1970-an


Sebenarnya antara tempat-tempat ni, boleh di katakan menarik jugak sebenarnya. Mungkin menarik untuk di kaji atau untuk explore apa yang terjadi di sebalik keseraman yang terjadi dekat tempat-tempat ni. Dan mostly tempat-tempat ni telah pun di tinggalkan atau tidak/jarang di kunjungi selepas keseraman yang terjadi. Korang jangan pulak pilih tempat-tempat ni jadi tempat perancangan untuk habiskan musim percutian korang. Memang silap banyak la. Kena baca sikit apa yang buatkan tempat-tempat ni menyeramkan untuk di kunjungi.

Creative Story: Hasil Lukisan Dengan Menggunakan Pen Dan Pensil Dari Rafael Araujo


Gambar yang aku post kat bawah ni, hasil lukisan dari Rafael Araujo yang Cuma menggunakan pencil dan pen untuk hasilkan lukisan ni (pembaris dan alatan lain pun ada gak). Memang creative, sebab aku rasa mamat ni mesti pandai engineering drawing ,sebab tu dia boleh hasilkan lukisan yang perlukan ketelitian dan ketepatan dalam melukis. Konklusinya dekat sini, lukisan dia memang menarik and creative.

 

If Story: Kalau Tajuk Satu Huruf Hilang Dari Filem-Filem Ni


Siapa kata tajuk sesebuah filem tu tak penting. Penting kot. Sebab tu mamat Khalid buat tajuk ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ sebab kat situ ada menunjukkan ada unsur komidi dalam filem tu. Yang aku nak pos ni bukan filem Malaysia pun, tapi filem mat saleh yang aku rasa korang pernah tengok. Kita tengok berapa pentingnya sesuatu tajuk filem-filem ni, walaupun ada perubahan hanya pada satu huruf aje kat tajuk tu, sama sekali akan merubah filem tu menjadi sesuatu cerita atau filem yang sengal alam. Satu huruf pun penting kot, habis hilang jalan cerita filem-filem ni. macam-macam!!!

Awesome Story: Gambar-Gambar Pemenang Sony World Photo Award 2014.


Ni  beberapa gambar yang telah memenangi anugerah sony world photo 2014 dan aku rasa gambar ni gambar-gambar terbaik yang di tangkap kat serata tempat kat negara-negara tertentu. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi apa yang aku boleh cakap memang gambar-gambar ni cantik and awesome .