nuffnang ads

Thursday 24 April 2014

Awesome Story :Taman Dalam Air Di Austria

Aku tahu tahun ni tahun melawat malaysia 2014 dan memang banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia untuk kita pergi melancong. Aku rasa macam tak ada point plak aku cerita semua ni. Biaq aku straight to the point, kat Austria ada satu taman dalam air yang aku rasa memang awesome giler. So, kalau ada tempat yang sesuai kat Malaysia ni bolehlah buat macam ni jugak. Boleh jadi tarikan pelancong jugak kan?


Fact Story: Fakta Mengenai Masa yang Mungkin Korang Tak Tahu Dan Malas Ambik Tahu

kalau aku tanya satu minit bersamaan berapa saat,aku rasa mesti korang boleh jawabkan? Tapi ni fakta yang aku jumpa pasal masa yang aku rasa menarik dan boleh aku share dengan korang untuk tambahkan lagi ilmu di dada. Kau tengok ayat aku tu!!! 



Muslim Story: Sunnah Cara Rasulullah Makan Dan Minum

Kalau korang nak tahu, sampai sekarang manusia yang paling berpengaruh dekat dunia ni ada lah rasullullah S.A.W berdasarkan kajian yang telah   di buat oleh pengkaji barat. Hebat tak insan yang bernama Muhammad bin Abdullah ni. Walaupun dah lebih seribu tahun baginda wafat tapi baginda masih menjadi tumpuan dunia dan di iktiraf sebagai individu paling berpengaruh.
Nabi Muhammad kan insan terpilih oleh Allah untuk menjadi rujukan dan  panduan untuk semua manusia. Untuk post pasal Muslim story kali ni, aku nak post pasal sunnah dan cara baginda makan dan minum. Semestinya cara dan perlakuan Rasulullah adalah yang terbaik untuk kita ikut. Okey harap kita dapat ikut sunnah-sunnah ni. Kalau tak dapat ikut banyak, sikit pun okey kan? Bukan saja dapat ganjaran dari Allah sebab ikut sunnah tapi kita jugak boleh kekalkan kesihatan kita. Cara Rasulullah adalah cara hidup sihat yang patut kita contoh. Malas nak tulis panjang-panjang, korang bacalah:

Nabi Muhammad Makan Secara Berjemaah.
Unruk pengetahuan Rasulullah tak suka makan secara bersendirian tapi baginda suka makan secara berjemaah bagi mengelakkan pembaziran,mendatangkan kebarkatan dan jugak mendatangkan kemesraan antara jemaah. Makan di dalam talam adalah sunnah baginda sebenarnya. Rasulullah pernah bersabda “berkumpullah kamu dalam menjamah makanan (bersama-sama)kerana dalam makan bersamaitu akan memberikan barakah daripada kamu semua.”( Riwayat Abu Daut). Jadi korang boleh cubalah makan dalam talam bersama dengan ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.

Alas Makan Atau Saprah
Tujuan baginda meletakkan alas makan adalah supaya makanan yang jatuh boleh  dikutip semula. sabda nabi yang bermaksud “ jika makanan salah seorang dari kamu jatuh maka hendahlah di ambil dan singkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendakalah di makan dan jangan di biarkan untuk syaitan.”( riwayat ahmad). Mulai sekarang kalau korang makan dan tertumpah, korang perlu ambik balik makanan yan jatuh tu,bersihkan dan boleh dimakan semula kalau tak syaitan yang makan makanan tu nanti.

Elak Makan Bersandar
Baginda makan dalam posisisi di mana baginda meletakkan pinggul di ats kedua tapak kaki ( bahagian telapak kaki kiri di letakkan di ats punggung telapak kaki kanan). Anas bin Malik pernah meriwayatkan, “ aku pernah melihat Rasulullah duduh bersimpuh sambil memakan kurma.” (Riwayat Muslim)

Makan Menggunakan Tiga Jari
Jari yang di masksudkan adalah ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah (jari hantu). Tujuannya dalah untuk mengecilkan suapan, memudahkan makanan di kunyah, Nampak lebih sopan,sabar, tidak bersifat tamak dan tawaduk. Kaab bin Malik berkata “Rasulullah selalu makan menggunakan tiga jaridan menjilat-jilat jari apabila selesai.”( riwayat at- Tarmizi). Dari sudut saintifik pun, kalau kita jilat jari selepas makan, itu akan menpercepatkan proses penghadapan sebab dekat jari kana nada enzim-enzim yang bertujuan untuk mempercepatkan penghadaman. Tengok, rasululluh lebih tahu dulu sebelum kita.

Mencecah Sedikit Garam Dengan Jari Keliling Dan Di Hisab
Seperti mana kita tahu tangan kanan mengandungi enzim yang mempercepatkan proses penghadaman dan garam pula ada sumber mineral yang merupakan penawar mujarap merawat keracunan. Kebiasaannya apabila seseorang mengalami cirit birit, doctor akan memberikan natrium kloride (air garam) untuk meredakan kesakitan. Selain itu, apa yang menarik lagi garam jugak boleh berfungsi menghalang gangguan makluk halus yang ingin mengganggu manusia.

Mula Mengambil Makanan Dari Tepi Dahulu (Paling Dekat) Dan Tidak Dari Tengah.
Sabda Nabi “ apabila seseorang dari kamu makan sesuatu makanan, maka janganlah kamu makan sesuatu makanan yang berada di puncak pinggan (bahagian tengah), akan tetapi hendaklah dia makan makanan dari bahagian di sebelah bawahnya(tepi yang berdekatan dengannya.) kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (Riwayat Abu Daut)

Segera Makan Setelah Makana Di Hidangkan
Anas bin malik meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “ jika makan malam sudah di sajikan dan iqamah solat di kumandangkan, maka dahulukan makan malam.” (Riwayat Bukhari)

Kunyah Makan 40 Kali
Yang ni mungkin agak susah sikit sebab untuk sesiapa yang pernah cuba, aku rasa sebelum 40 kali kunyah makanan, makanan dalam mulut tu dah habis dah kita telan. Tapi kalau korang selalu praktikakkan pasti boleh ikut sudah yang ni. Makanan yang di kunyah dengan betul bukan saja boleh menudahkan proses penghadaman tapi boleh menghindarkan perut buncit.

Jangan Mencampur Aduk Makanan
Nabi tidak makan daging bercampur susu dan tidak makan ikan bersama daging. Ia untuk melancarkan penghadaman. Ibnu umar datang kepada kami dan berkata “ sesungguhnya Rasulullah melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah meminta izin dari saudaranya.”(Riwayat Bukhari)

Jangan Mencela Makanan
Abu hurairah meriwayatkan, “ Rasulullah sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika baginda menyukai satu makan, maka baginda memakannya. Jika tidak suka, maka baginda meninggalkannya.” (Riwayat Bukhari). Jadi janganlah komplane makanan tak sedaplah atau apa-apa. Tak elok tu.

Sejukkan Makanan Sebelum Makan
Di ceritakan asma’ binti abu bakar membuat roti tsarid, dia menutupkan roti tersebut dengan sesuatu hingga hilang panasnya. Ketika seseorang bertanya kenapa dia melakukan sebegitu, asma’ menjawab, aku mendengar Rasulullah bersabda, “sesungguhnya hal tersebut lebih besar berkatnya.” (Riwayat Ahmad)

Tidak Meniup Makanan Panas
Jabir bin Abdullah meriwayatkan, “ Rasulullah melarang orang yang meniup-niup makanan atau minuman.” (Riwayat Abu Daud)

Hindari Makan Dan Minum Sambil Berdiri
Anas bin malik meriwayatkan, “sesungguhnya Nabi Muhammad melarang umatnya minum sambil berdiri. Qatadah (seorang tabiin) berkata, kami bertanya kepada anas. ‘bagaimana dengan makan sambil berdiri?’ anas menjawab, “hal demikian sungguh buruk dan lebih lebih buruk’.” (Riwayat Muslim)




Mengamalkan Sunnah Makan Labu Kerana Ianya Menenangkan Dan Mudah Dihadam
sayidina anas bin malik R.A bercerita : “seorang tukang jahit mengundang Rasulullah makan makanan yang di masakny. Saya pun pergi bersama Rasulullah untuk memenuhi undangan tersebut. Tukang jahit tersebut menghidangkan kepada Rasulullah roti gandum dan sayur labu serta daging kering. Saya lihat nabi mencari-cari labu di dalam dulang. Maka sejak itu saya menyukai makan labu.” ( Riwayat At- Tirmizi)
selain sunnah-sunnah di atas sunat untuk kita minum susu setiap hari dan mendahulukan orang yang lebih tua untuk memulakan makan. aku harap dapat member penjelasan sedikit tentang cara Rasulullah makan dan minum. Harap boleh share sesame. 

Sumber majalah Q&A isu 23. 

Awesome Story: Suasana Malam Di Bandar-Bandar Utama Dunia

Just for info, selain pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bau dan pencemaran bunyi sebenarnya ada satu lagi pencemaran yang mungkin kita terlepas pandang. Yes, pencemaran cahaya! Kalau korang nak tahu pencemaran cahaya sebenarnya boleh menyababkan mata jadi rabun dan mungkin akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. kalau tak silap aku, Last Vegas antara salah satu Bandar yang menghadapi masalah pencemaran cahaya terutama waktu malam. Saja aku nak share benda ni, dan dekat bawah ni aku ada post gambar suasana waktu malam di beberapa buah Bandar utama dunia. Termasuklah Malaysia. Cuma aku harap Malaysia tak termasuk dalam list Bandar yang tercemar dengan cahaya pada waktu malam. Tapi bagi aku,awesome kot keadaan atau suasana Bandar-bandar ni kalau waktu malam. 


Fact Story: Keluarga Dan Bekalan Makanan rutin- Mengikut Negara

Macam yang kita tahu, lain Negara lain dia punya makanan rutin dia. Macam Malaysia, sah-sah lah nasi atau beras jadi makanan rutin kita. Untuk luaskan lagi pengetahuan kita, aku jumpa gambar beberapa buah keluarga dari beberapa buah Negara beserta makanan rutin dorang. Siap dengan jumlah perbelanjaan dorang dalam seminggu dan makanan kegemaran dorang sekali. Korang tengok lah sendiri.


Cartoon Story: Karton 90-an yang Terjebak Dengan Dadah.

Hmm…pelukis-pelukis barat  memang dorang creative nak gambarkan sesuatu keadaan atau situasi. Senang cakap imaginasi dorang tinggi. Artis Malaysia pun tak kurang hebat jugak.  kadang-kadang idea dorang ada yang pelik-pelik sikit. Salah satunya macam gambar yang aku post kat bawah ni yang telah di lukis oleh Paul Ribera. Dia lukis gambar keadaan karton-karton 90-an yang terjebak dengan dadah. Scary kot kalau tengok 2-3 kali. Kalau korang nak tengok macam mana keadaan tiga orang power puff girls, Arnold (dua karton ni je yang aku kenal n ada yang aku pernah tengok tapi tak tahu tajuk cerita) dan beberapa lagi karton yang femas tahun 90-an dulu terjebak dengan dadah, korang tengok lah keadaan dorang kat bawah ni.  Moralnya dekat sini, jauhilah dadah. Gitu!.  


Cool Story: Bentuk-bentuk Lampu Kereta Berjenama

Aku tak sure tajuk yang aku bagi ni sesuai ke tak untuk benda yang aku nak post ni,biaq aku explain dekat sini dengan lebih terang lagi. kadang-kadang korang boleh teka kereta berjenama jenis apa yang korang tengok dengan tengok bentuk nyalaan lampu aje. kalau korang nak tahu, setiap kereta berjenama ada bentuk lampu dorang sendiri. lepas ni kalau dalam gelap,korang Nampak bentuk lampu macam dekat bawah ni, korang dah dapat teka kereta apa yang korang tengok tu. Tengok la sendiri, mana tahu tetibe bentuk lampu kereta korang macam dekat bawah ni. Tetibe…



Love Story: POEM Romantic yang Korang Kena Baca

Sebenarnya dah lama aku nak post sajak ni, sebab aku rasa sajak ni tersangatlah tangkap leleh. Honestly aku rasa yang lebih buat dia tangkap leleh bila dengan kartoon yang dia lukis untuk tunjukkan situasi dan keadaan penulis sajak tu sendiri. korang baca dulu sajak kat bawah ni, kat bawah skali aku cerita sikit pasal sajak ni.




Sajak ni sebenarnya di tulis oleh seorang wanita America yang mana suami dia telah menyertai angkatan tentera dan telah di hantar ke Vietnam ketika anak dorang berusia 4 tahun. sejak tu perempuan tu tinggal dengan anak perempuan dia. Malangnya suami perempuan ni, mati sewaktu pertempuran dekat Vietnam. Dan perempuan tak pernah berkahwin lagi hingga ke akhir hayat dia. Sewaktu anak dia kemaskan barang-barang ibu dia yang dah meninggal, dia terjumpa sajak ni yang di tujukan untuk ayah dia. Tajuk sajak ni “But you didn’t”. Amacam???? Tangkap leleh tak.