nuffnang ads

Friday 2 May 2014

VS Story: Ipad VS Buku

Aku tak tahu bila dan dekat mana aku dengar fakta ni, tapi kalau aku tak silap dengar, mengikut perpustakaan Negara jumlah peminjam buku di perpustakaan Negara menunjukkan penurunan (mungkin tahun ni atau 2, 3 tahun sebelum ni). Dengan kata lain, tak banyak orang yang pinjam buku dekat perpustakaan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Sebabnya, biasalah kecanggihan teknologi. Dari apa yang aku dengar puncanya sebab orang lebih berminat nak gunakan kecanggihan teknologi untuk search apa yang dorang nak baca. Mungkin lagi senang. Aku memang tak nafikan lagi senang, tapi aku pernah jadi student dan aku sebenarnya lebih suka guna buku dari guna tablet atau kecanggihan lain untuk baca buku, baca komik, baca journal dan yang seangkatan dengannya. Memang lain perbezaannya kalau siapa yang dapat rasa. Dan lagi satu aku rasa, menggunakan technology sebagai bahan bacaan boleh mempercepatkan rabun kot. Entah aku tak tahu. Tapi insyaAllah yang baca Quran atau hadis-hadis kat dalam teknologi ni, dengan izin tuhan masalah tu takkan timbul. InsyaAllah . So, kalau lah kita buat perhitungang antara tablet dan  buku, korang agak siap yang akan menang dan cepat di kalahkan? Hmmm….



No comments:

Post a Comment